Kerjaya awal politik Abraham_Lincoln

Lincoln memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1832 apabila beliau mencalonkan diri untuk perwakilan di Illinois, tetapi gagal dalam pilihan raya. Beliau berkhidmat sebagai kapten tentera semasa Perang Black Hawk, iaitu perang menentang kaum pribumi Amerika. Apabila beliau berpindah ke Springfield, beliau mula bekerja sebagai peguam. Tidak lama kemudian, Lincoln menjadi seorang peguam yang sangat dihormati di Illinois.[5][6] Pada tahun 1837, sebagai ahli Perhimpunan Agung Illinois, Lincoln mengeluarkan protes tertulis mengenai laluan resolusi yang menyatakan bahawa perhambaan tidak dapat dimansuhkan di Washington, D.C.[7][8] Pada tahun 1846, beliau menyertai Parti Whig, dan dilantik sebagai ahli Kongres selama satu penggal. Ketika perhambaan menjadi isu pada tahun 1854, Lincoln membantu menubuhkan Parti Republikan dan menjadi ketuanya bagi negeri Illinois. Pada tahun 1858, beliau mahu menjadi senator; walaupun ini tidak berjaya, perdebatan menarik perhatian kebangsaan kepadanya.[9] Parti Republikan telah mencalonkannya untuk pilihan raya Presiden pada tahun 1860.[10]

Rujukan

WikiPedia: Abraham_Lincoln http://www.abelincolnhistory.com/ http://www.epinions.com/review/Abe_Lincoln_s_Hat__... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://www.gallup.com/poll/146183/Americans-Say-Re... http://www.history.com/topics/us-presidents/abraha... http://www.nytimes.com/1865/04/17/news/our-great-l... http://www.quotablelincoln.com/lincoln2_books.php http://rogerjnorton.com/Lincoln2.html http://rogerjnorton.com/Lincoln77.html http://quod.lib.umich.edu/cgi/t/text/text-idx?c=li...